Tuesday, July 26, 2005

Hati Perempuan

Got inspired in the morning (while in the shower) and wrote this in my mind. It may be because of my now lovely life and because of Salwa's story of her bf. A bit cheesy here but I hope you can bear it with me k. Just comment if you must. Thanks! =)

Hati perempuan senang bergolak,
Perlu sentiasa diberitahu bahawa dia disayangi.
Hati perempuan sentiasa mencari yang terbaik,
Kerna dia hanya mahu cinta yang terbaik untuk dirinya.
Hati perempuan mudah berasa kecil,
Kerna dia sering menganggap dirinya tak setanding yang lain.
Hati perempuan sering tertanya,
Kerna dia tidak mahu diperbodohkan.
Hati perempuan selalu menguji,
Kerna mahu mengetahui tahap kesetiaannya.
Hati perempuan adalah rapuh,
Kerna takut andai ditinggalkan.
Hati perempuan boleh berubah-ubah,
Dia bisa berfikir dua kali.
Hati perempuan mudah ragu,
Tidak yakin ada yang menyintai ke akhir hayatnya.
Hati perempuan sentiasa menginginkan,
Kasih dan sayang dari yang tersayang.
Hati perempuan hanya mahukan,
Dirinya dihargai dengan layanan yang setulusnya.
Hati perempuan cuma mengharapkan,
Satu Cinta yang bahagia hanya untuk dirinya seumur hidup.

0 Comment:

Post a Comment

<< Home